Adalah menjadi kebiasaan saya memerhati kehidupan orang di sekeliling saya . Memerhati kehidupan orang lain membuatkan saya rasa lebih bersyukur apa ada pada saya saat ini .
*********************************************************************************
usia saya genap 20 pada jun tahun ini , tapi pasti ada yang mentertawakan saya, sebab sekiranya saya mahu keluar rumah saya masih perlu memohon izin dari orang tua saya . masih di larang untuk keluar malam , masih tidak di izinkan untuk merantau . sedangkan kebanyakkan gadis seusia saya sudah di diberi kepercayaan untuk melakukan semua itu .
Wednesday, 7 March 2012
Kolot Kah Aku ?
Posted by Ika Nsn at 11:48 0 comments
Penantian Berakhir
Pejam celik pejam celik . sekarang masuk bulan mac tahun 2012 . Entry ni entry pertama saya untuk tahun 2012 ni . memang banyak yang berlaku sepanjang beberapa bulan ni , cuma tiada kesempatan untuk update blog ni .
Hari ni 7 Mac 2012 . Hari bersejarah buat saya dan semua calon STPM 2011 . Hari ni hari penentuan arah tuju hidup saya selepas bergelar pelajar PRA-U selepas hampir 3 bulan selesai menduduki STPM . Segala persoalan bermain di minda "kalau saya gagal , apa saya mau buat lepas ni ?" "kalau saya gagal apa perasaan ibu and ayah?" , perasaan menyesal mula menghantui diri hanya doa dan tawakal pada tuhan saja yang mampu saya lakukan . sepanjang perjalanan menuju ke sekolah jantung berdegup kencang , keyakinan untuk mendapat keputusan yang cemerlang adalah sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi bagi saya . hanya mampu berkata "KALAU" . kalau la saya rajin, kalau la saya buat betul-betul . semuanya hanya KALAU . 14 tahun menghabiskan masa di sekolah dan gagal untuk STPM adalah suatu kerugian buat saya . tapi saya cuba kawal perasaan gementar , saya cuba tenangkan diri dan cuba memberi keyakinan pada diri sendiri .
tiba saya di sekolah dewan dipenuhi oleh para pelajar . kedengaran juga nama-nama pelajar cemerlang disebut untuk menerima penghargaan dari sekolah . saya mula iri hati . "kalau la nama saya yang di sebut" . tapi mana mungkin . budak malas mana mungkin boleh dapat penghargaan . hati saya semakin iri bila kedua kawan baik saya di panggil naik ke pentas untuk menerima penghargaan . kecewa teramat sangat bila hanya mampu melihat senyuman kegembiraan orang lain sedangkan saya tidak merasa .
selang beberapa nama selepas nama kawan baik saya , tiba-tiba "pelajar seterusnya NORAZRINA SYAFIQAH BTE NARIMIN dengan pencapaian PNGK *.** di minta naik ke pentas" . seolah-olah bermimpi , nama saya di sebut . saya antara pelajar tersebut ! alhamdulillah ! hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya saya . :) berkat doa ibu dan ayah serta guru-guru saya mampu mencapai sehingga ke tahap ini . tangan saya menggeletar . terlalu gembira . apa yang lebih menggembirakan saya adalah apabila melihat ibu tersenyum dengan pencapaian saya . ini adalah terbaik pernah saya lakukan untuk ibu dan ayah selepas mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam UPSR ,PMR dan SPM .
Posted by Ika Nsn at 10:38 0 comments






